SELAMAT DATANG KE BLOG JOMMAMAMCOKLAT.BLOGSPOT.COM

Wednesday, 13 July 2011

Nilai Sekeping Coklat..

NILAI PEMAKANAN COKLAT PUTIH DAN COKLAT SUSU

Kandungan Zat 8oz. Gelas (atau ½)

ZAT
COKLAT PUTIH
COKLAT SUSU
Kalori
168
205
Protein gms.
8.5
7.0
Kalsium gm.
0.20
0.26
Fosforus
0.22
0.22
Vitamin A I.U.
375
338
Tiamin mg.
0.08
0.07
Riboflavin mg.
0.41
0.37
Niasin mg.
0.21
0.25
Sumber : Persatuan Pengilang Coklat









Peratus Tenaga Dari Protin, Lemak Dan

Karbohidrat Dalam Coklat Susu Dan Tanpa Susu

Jenis
% Sumbangan Tenaga
Protein
Lemak
Karbohidrat
Coklat Kosong
4%
57%
39%
Coklat Susu
7%
52%
41%
Coklat Putih
5%
51%
43%

Sedapnya Coklat

Apa Itu Coklat?

Coklat boleh diklasifikasikan sebagai coklat tulin atau kompaun.
Coklat tulin hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.
Produk-produk koko atau coklat yang tidak memenuhi kriteria tersebut dikenali sebagai coklat kompaun. 

Apakah Jenis-Jenis Coklat Yang Terdapat di Pasaran?

Terdapat banyak jenis produk yang boleh didefinisikan sebagai coklat dan coklat konfeksyeneri selain daripada bar coklat. Walau bagaimanapun, bila bercakap mengenai coklat, ia merujuk kepada tiga jenis coklat iaitu coklat susu, coklat putih dan coklat kosong.

Mengapa Makan Coklat?

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan
makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.



Bilakah Kita Membeli Coklat?

Coklat sesuai untuk dibeli setiap masa, lebih-lebih lagi pada hari-hari istimewa seperti Hari Krismas, Hari Kekasih dan sebagainya. Memandangkan coklat merupakan makanan yang kaya dengan sumber tenaga dan senang dibawa ke mana saja, ianya sering dijadikan makanan dalam pelbagai aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan lain-lain. Ia merupakan makanan 'wajib' di kalangan pengembara.