SELAMAT DATANG KE BLOG JOMMAMAMCOKLAT.BLOGSPOT.COM
Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan. Show all posts

Wednesday, 13 July 2011

Kebaikan Disebalik Kemanisannya..

Kebaikan Koko

Kebaikan Khasiat Koko:

Setelah kita mengetahui sedikit aspek mengenai makanan bolehlah kita mempertimbangkan pula mengenai koko dan coklat. Mungkin benar apabila dikatakan bahawa koko dan coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya. Walau bagaimanapun, ia menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.

Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2 peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.

Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals' dan vitamin-vitamin.

*Untuk keterangan selanjutnya sila rujuk artikel berkaitan khasiat koko dan nilai zat pada coklat, lemak koko dan serbuk koko.

Kesan antioksida poliphenol dalam koko :

Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :

Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :

Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Koko melambatkan proses penuaan :

Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.



Kegunaan Coklat

Kegunaan Koko.

Terdapat dua kaedah utama di mana coklat digunakan:

Pengacuanan

Ini adalah proses di mana coklat yang didinginkan (tempered chocolate) itu dimasukkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada logam atau plastik yang telahpun dipanaskan. Selepas itu coklat akan dimasukkan ke dalam terowong penyejuk supaya ia cepat beku dan keras dan menghasilkan kualiti coklat yang baik. Pendinginan yang baik mempastikan lemak koko susut di dalam acuan dan ini memudahkan coklat itu dikeluarkan dari acuan nanti. 

Pada amnya penggunaan acuan logam dianggap lebih sesuai di mana ia dapat mengalirkan suhu sejuk secara seragam. Walau bagaimanapun, bentuk acuan yang baik dan cantik serta murah juga telah dicipta dengan menggunakan plastik yakni ringan, senyap semasa digunakan dan fleksibel semasa mengeluarkan coklat dari acuan. Pada masa kini terdapat acuan yang diperbuat dari 'stainless steel' dengan 'polycarbonate carriers' yang memberi kemudahan yang terbaik tetapi dengan kos yang lebih tinggi.

Salutan.

Ini adalah proses di mana inti-inti coklat yang dibentuk itu akan bergerak melalui di bawah satu corong yang mengalirkan coklat yang didinginkan kepada setiap bahagian atas inti ini. Untuk salutan di bawah pula ia akan melalui satu alat khas. Jika ada keperluan misalnya inti itu tidak boleh terdedah atau untuk menutup kerosakan pada inti itu, salutan yang kedua perlu dilakukan. 


Jikalau ini berlaku salutan yang pertama tidak memerlukan coklat yang didinginkan tetapi sebelum salutan yang kedua dilakukan, salutan yang pertama mestilah sudah keras terlebih dahulu. Ciri-ciri yang ada pada lemak koko iaitu cepat beku dan cepat cair yang penting semasa 'moulding' perlu juga diambil kira semasa salutan dibuat. Jika inti yang disalutkan itu menyejuk dengan cepat, coklat itu akan retak. 


Pada masa yang sama jika ia menyejuk terlalu perlahan ia akan menghasilkan coklat yang tidak menarik dan lembut. Walau bagaimanapun masalah ini tidak akan diketahui semasa peringkat pembungkusan tetapi hanya apabila bungkusan itu dibuka kelak.

Pemprosesan Coklat

Pengasingan Biji Koko


Biji koko adalah benih pokok koko (Theobroma cacao) yang mana akan menghasilkan buah koko. Buah koko dituai apabila cukup matang dan warna buah telah bertukar menjadi kekuning-kuningan. Buah-buah koko yang dituai akan disimpan di tempat yang sesuai selama satu minggu untuk proses pembelahan bagi mengeluarkan biji-biji koko basah.


Biji-biji koko basah akan dibawa ke pusat pemprosesan untuk proses fermentasi atau pemeraman. Proses ini akan mengambil masa selama lima hari dengan penggunaan kotak cetek yang mempunyai kedalaman antara 25 cm hingga 38 cm. Semasa proses ini, berlaku pertukaran kimia kompleks dan citarasa coklat terbentuk. Biji-biji koko diterbalikkan sekali pada hari ketiga proses fermentasi. Pada hari keenam, biji-biji yang telah difermentasi akan dijemur di bawah sinaran cahaya matahari atau dikeringkan dengan mesin pengering dengan kandungan kelembapan antara 6 dan 7.0%. Jika pengeringan dilakukan dengan mesin pengering, jadual pengeringan adalah selama 3 hari dengan suhu antara 50 - 55oC. . Pada peringkat ini, warna kecoklatan terbentuk dan terdapat peningkatan dalam citarasa coklat.


Selepas pengeringan biji-biji koko kering akan digred dan dimasukkan ke dalam karung guni mengikut berat bersih 62.5 kg untuk dieksport atau menjalani proses pemanggangan dan pengisaran untuk menghasilkan likur koko iaitu pes koko dalam bentuk separa-cair dan nyah-alkohol. Pes koko kemudiannya mengalami proses pemerahan untuk memperolehi lemak koko dan kek koko. Kek koko pula akan dikisar halus untuk menghasilkan serbuk koko. Setiap peringkat dalam pemprosesan koko mengubah bentuk kimia koko. Proses pemanggangan dilakukan untuk menghasilkan serbuk koko. Sebelum proses ini, biji-biji koko mempunyai rasa pahit dan asidik. Oleh itu, proses pemanggangan ini membantu untuk mengurangkan rasa asidik dan memperbaikki citarasa coklat. Serbuk koko juga digunakan sebagai bahan utama dalam pelbagai makanan dan minuman.


Produk-produk hasil dari biji koko kemudiannya diadun dengan susu dan gula untuk menghasilkan coklat. Semasa penghasilan coklat, proses conching dilakukan untuk menyebatikan lagi adunan coklat. Di samping itu, proses ini dapat mengurangkan rasa pahit dan menambahkan lagi citarasa dan tekstur coklat

Sejarah Coklat

Koko, madu kepada dewata di mana nama saintifiknya Theobroma Cacao jika diterjemah dari bahasa Greek bermakna makanan dewata mempunyai sejarah bermula dari tahun 1662. Pada peringkat awal, koko dikaitkan dengan ketuhanan di mana penyembahan dibuat setiap kali pokok koko ditanam.


Koko telah berjaya menguasai seluruh negara dan benua-benua dunia dalam masa 500 tahun sejak ia pertama kali ditemui oleh masyarakat kaum Maya dan Aztecs di Amerika Selatan. Kaum Aztec menganggap minuman koko sebagai minuman Maharaja sahaja. Kaum Maya di Yucatán dan Aztec di Mexico telah menanam koko dan dipercayai Maharaja Aztec Montezuma seringkali menikmati hidangan minuman Chocolath iaitu campuran nib koko yang dipanggang, jagung, air dan rempah.


Koko mula berkembang ke Sepanyol 20 tahun kemudian setelah ianya dibawa balik oleh pengembara-pengembara Eropah. Pada peringkat awal, koko hanya dinikmati oleh orang-orang Sepanyol. Bekalan koko yang terhad menyebabkan mereka menyimpan rahsia kegunaan koko selama 100 tahun. Hernando cortez telah membawa balik koko serta resipi minuman chocolath ke Sepanyol pada tahun 1528. Kemudian berlaku transformasi di mana gula mula dicampur. Penemuan rempah-rempah baru seperti vanila dan kayu manis juga telah digunakan sebagai perisa.


Selepas itu, koko terus berkembang ke benua-benua lain, Perancis pada tahun 1615, UK pada tahun 1650 dan Amerika pada tahun 1755. Sehingga kini, koko merupakan perisa yang paling popular dan digemari di seluruh dunia.


Koko mula diperkenalkan di Asia Tenggara oleh orang Sepanyol pada kurun ke 17. Mereka membawa koko dari Amerika Latin ke Filipina dalam tahun 1670. Adalah dipercayai bahawa pokok koko kemudiannya dibawa ke Indonesia dan Sabah pada awal kurun ke-18.


Di Malaysia, kawasan tanaman koko pertama sekali ditemui di Melaka dalam tahun 1778. Selepas itu, penanaman koko mulai dijalankan di Stesen Pertanian Serdang dan Pusat Penyelidikan Pertanian Silam, Sabah. Pengkomersialan koko berlaku di antara tahun 1853 hingga 1959 di mana koko jenis Amelonado pertama kali ditanam di Jerangau, Terengganu yang melibatkan kawasan seluas 403 hektar.


Percubaan penanaman koko seterusnya dijalankan di Serdang, Cheras, Kuala Lipis dan Temerloh di antara tahun 1936 hingga 1940. Walau bagaimanapun, penanaman koko secara aktif hanya berlaku selepas perang dunia kedua. Koko secara rasminya ditanam di Quoin Hill, Tawau, Sabah pada tahun 1960.

Lembaga Koko Malaysia



Ketua Pengarah :

Ketua Pengarah
Dato' Dr. Azhar Ismail
Dip. Agric., University of Agriculture Malaysia
B.S (Entom), University of California at Davis, USA
M.S (Entom), Washington State University, Pullman, USA
Ph.D. (Entom) minor in Statistics, Washington State University, Pullman, USA



Misi
Mempastikan Pertumbuhan Industri Koko Yang Sepadu Dan Berdayasaing Melalui Pembangunan Berinovatif.

Wawasan
Sebagai Institusi Ternama Terhormat Dan Terulung Bagi Pembangunan Industri Koko Yang Mapan.
Objektif
 
Untuk Meningkatkan Pengeluaran Biji Koko Melalui Peningkatan Produktiviti.Untuk Meningkatkan Pembangunan Kegiatan-Kegiatan Hiliran. 
 
Untuk membangunkan Malaysia sebagai pusat pemprosesan & perdagangan koko dan produk-produk koko.
 
Untuk Memperkukuhkan Dan Mengembangkan Pasaran Koko Malaysia Serta Menembusi Pasaran-Pasaran Baru.
 
Untuk Meningkatkan Kualiti Dan Dayasaing Koko Malaysia Dan Produk-Produk Koko Malaysia.
 
Untuk menyediakan infrastruktur dan sokongan bagi perkembangan industri .
 
Untuk Menentukan Agar Pembangunan Koko Berharmoni Dengan Alam Sekitar.

Fungsi
 
Menjalankan Dan Menggalakkan Penyelidikan Dalam Pengeluaran, Pemprosesan, Penstoran Dan Penggunaan;
 
Mengawal Dan Menyelaras Aktiviti-Aktiviti Dan Polisi-Polisi Penyelidikan;
 
Mempertingkatkan Kualiti;
 
Menyelaras Aktiviti-Aktiviti Pemasaran;
 
Mengumpul, Menyatu Dan Menyebarkan Maklumat;
 
Mengawalselia Dan Menyelaras Aktiviti-Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Koko Seperti Pemprosesan, Penstoran, Pengawalseliaan Dan Pemasaran.

Siapa Kami

LEMBAGA KOKO MALAYSIA
Lembaga Koko Malaysia (LKM) adalah satu agensi penyelidikan badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (dulu dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Utama). Ianya diwujudkan di bawah Akta Parlimen 343 pada tahun 1988 dan mula beroperasi sejak tahun 1989. Ojektif utama penubuhan adalah untuk membangunkan industri koko Malaysia yang bersepadu dan kompetitif di pasaran global. Penekanan diberikan kepada peningkatan produktiviti dan kecekapan dalam pengeluaran biji koko dan peningkatan aktiviti hiliran.

Apa kami buat

Fungsi utama LKM meliputi:- 
  • Menjalankan dan menggalakkan penyelidikan dalam pengeluaran, pemprosesan, penstoran dan penggunaan;
  • Mengawal dan menyelaras aktiviti-aktiviti dan polisi-polisi penyelidikan;
  • Mempertingkatkan kualiti;
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti pemasaran;
  • Mengumpul, menyatu dan menyebarkan maklumat;
  • Mengawalselia dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan koko seperti pemprosesan, penstoran, pengawalseliaan dan pemasaran.

Penyelidikan dan Pembangunan 
Penyelidikan dan Pembangunan adalah aktiviti utama LKM. Program dan projek penyelidikan dijalankan untuk menangani pelbagai masalah dan keperluan dalam penanam koko dan industri hiliran koko. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan pengetahun praktikal dan membangunkan teknologi dan bahan tanaman yang boleh meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos pengeluaran dan keperluan buruh, memperbaiki kualiti biji koko dan produk koko, membangunakan produk baru serta kegunaan baru koko serta meningkatkan kelebihan persaingan bagi biji koko dan produk koko Malaysia.

Pembangunan Pasaran dan Tekno-Ekonomi
Tujuan pembangunan pasaran adalah untuk meningkatkan perkongsian pasaran untuk biji koko dan produk koko Malaysia dalam pasaran antarabangsa dan domestik. Aktivitinya termasuk promosi antarabangsa dan domestik. Promosi antarabangsa dijalankan melalui Misi Perdagangan dan Teknikal, serta eksposisi antarabangsa. Promosi domestik dilakukan melalui pesta koko, program promosi koko di sekolah dan pameran. Kebaikan koko merupakan tema utama promosi. Manakala, program tekno-ekonomi adalah untuk melihat ekonomik pengeluaran daripada bahan mentah biji koko sehingga produk siap melalui penyelidikan dan pembangunan, serta banci. Maklumat harga koko, senario pasaran dan statistik berkaitan juga disediakan untuk rujukan industri.


Pengawalseliaan dan Kawalan Kualiti 
Pelesenan dan penggredan dijalankan untuk memastikan kualiti biji koko Malaysia memenuhi keperluan piawaian Malaysia. LKM melesenkan pemproses biji koko basah, pedagang koko, pengisar koko serta penggred koko. Adalah menjadi tanggungjawab LKM untuk membuat garis panduan dan piawain untuk biji koko dan produk koko, serta melakukan pengawalseliaan.

Pembangunan Kumpulan Sasaran 
LKM akan meneruskan implimentasi program pembangunan kumpulan sasaran termasuk pekebun kecil koko dan Usahawan Coklat Buatan Tangan. Program Pembangunan Kumpulan Sasaran merupakan gabungan program pengembangan dan pembangunan di LKM. Tujuan utama program Pembangunan Pekebun Kecil adalah untuk meningkatkan produktiviti koko pekebun kecil daripada kurang 0.5 tan/ha/tahun kepada lebih 1.5 tan/ha/tahun. Aktivitinya termasuk lawatan, perjumpaan, pemberian bahan tanaman dan insentif, serta latihan dalam teknologi penanaman dan pengurusan kualiti. Manakala tujuan program Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan adalah untuk mewujudkan usahawan Malaysia yang terlibat dalam industri coklat buatan tangan. Aktivitinya adalah pemindahan teknologi, pembangunan produk dan mesin, mengadakan pusat bekalan kovertur coklat, pasaran dan promosi, serta pemberian khidmat nasihat dan teknikal.
Pengembangan dan Pemindahan Teknologi
Sebahagian aktiviti yang dijalankan untuk pengembangan dan pemindahan teknologi oleh LKM ialah bengkel, seminar, lawatan kebun, demontrasi, serta kursus latihan dalam teknologi penanaman koko, pembuatan coklat dan pembangunan produk.

Perkhidmatan Teknikal dan Nasihat
LKM menyediakan perkhidmatan teknikal dan nasihat kepada penanam koko dan industri hiliran. Makmal dan makmal perintis di Pusat Penyelidikan Hiliran koko, LKM di Bandar Baru Bangi adalah dilengkapi untuk keperluan perkhidmatan analisis fizikal, kimia dan mikrobiologi terhadap biji koko dan produk koko, serta digunakan untuk penyelidikan dalam pemprosesan koko dan pembangunan koko.















Nilai Sekeping Coklat..

NILAI PEMAKANAN COKLAT PUTIH DAN COKLAT SUSU

Kandungan Zat 8oz. Gelas (atau ½)

ZAT
COKLAT PUTIH
COKLAT SUSU
Kalori
168
205
Protein gms.
8.5
7.0
Kalsium gm.
0.20
0.26
Fosforus
0.22
0.22
Vitamin A I.U.
375
338
Tiamin mg.
0.08
0.07
Riboflavin mg.
0.41
0.37
Niasin mg.
0.21
0.25
Sumber : Persatuan Pengilang Coklat









Peratus Tenaga Dari Protin, Lemak Dan

Karbohidrat Dalam Coklat Susu Dan Tanpa Susu

Jenis
% Sumbangan Tenaga
Protein
Lemak
Karbohidrat
Coklat Kosong
4%
57%
39%
Coklat Susu
7%
52%
41%
Coklat Putih
5%
51%
43%