SELAMAT DATANG KE BLOG JOMMAMAMCOKLAT.BLOGSPOT.COM

Wednesday, 13 July 2011

Kimia Dalam Coklat..

Kimia Dalam Coklat Penghubung Ke hati Seseorang


DAVIS, California (September 19, 1996) - Coklat menjadi penghubung ke hati seseorang dalam berbagai cara yang kita tidak pernah fikirkan.


Davis, seorang penyelidik di Universiti California, telah mendapati bahawa coklat mengandungi kandungan yang tinggi kimia yang dikenali sebagai phenolics di mana dipercayai mengurangkan risiko sakit jantung dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbang arteri.


Penemuan ini telah dilaporkan dalam surat kepada pengarang dalam keluaran The Lancet, satu jurnal perubatan British pada 21 September.


"Kajian ini menunjukkan bahawa coklat boleh menyumbang sebahagian kecil daripada 'dietary' antioksidan, " kata Andrew Waterhouse, ketua penyelidik, penolong profesor vitikultur dan enologi. "Walau bagaimanapun, kita perlu melihat samada phenolics yang diambil melalui produk makanan boleh memberikan kesan perlindungan antioksidan kepada tubuh badan."


Waterhouse, seorang ahli kimia wain, telah membuat kajian dalam beberapa tahun mengenai kemungkinan kebaikan kepada kesihatan yang diperolehi dari antioksidan phenolics yang terdapat dalam wain merah. Proses kimia oksidan kini difikirkan memusnahkan satu bahan dalam darah yang dikenali sebagai lipoprotein densiti rendah atau LDL. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan lemak atau plak yang menyempitkan saluran darah. Sakit jantung berlaku apabila saluran darah ini sempit dan pembekuan darah berlaku di dalam arteri.


Phenolics sudah diketahui kewujudannya di dalam coklat, menghalang lemak dalam coklat dari menjadi tengik. Waterhouse dan rakan-rakannya berminat untuk mengetahui setakat mana kuatnya antioksidan phenolics ini menghalang pengoksidaan LDL.


Di makmal percubaan mereka mengambil ukuran amaun phenolics di dalam serbuk koko, coklat 'baker' dan coklat susu. Kemudian mereka meneliti berapa lama masa diambil oleh ekstrak serbuk koko ini menghalang oksidasi LDL yang dikeluarkan dari darah manusia.
Mereka mendapati bahawa 1.5 auns. coklat susu mengandungi hampir sama kandungan phenolics dalam 5 auns gelas wain merah. Dan kompaun phenolics dalam coklat mengeluarkan kesan antioksidan sama atau lebih daripada wain merah.


" Kita masih perlu tahu samada struktur kimia yang berlainan coklat phenolic antara phenolic wain berubah kesannya terhadap tubuh badan," kata Waterhouse.


"Kami tidak mencadangkan kepada orang ramai untuk memakan lebih banyak coklat untuk menghindari dari penyakit sakit jantung," katanya. "Keputusan dari kajian ini menunjukkan bahawa 'dietary' phenolics bertindak sebagai antioksidan dalam tubuh badan dan juga coklat merupakan satu sumber yang baik bagi."


* Untuk maklumat lanjut, media akhbar harus berhubung dengan Andrew Waterhouse, Vit. & Enology (916) 752-4777 atau Patricia Bailey, News Service (916) 752-9843, pjbailey@ucdavis.edu

0 comments:

Post a Comment